“haduh, haduh.. belum sholat dzuhur ni. Tapi udah mau ashar.
Bapak sopir, aku belum sholat. Turunkan aku, turunkan aku disini bapak sopir.”hiks,hiks..
“Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Apa lah daya hamba tidak bisa berbuat apa-apa?” air mata mengucur deras membasahi pipi salah satu penumpang bis pariwasata tersebut. “(T.T)
Stop it !!!
“G usah sedih neng... kan bisa di jamak. G usah lebay gitu deh minta diturunin di tengah jalan. Mang tau jalan pulang? Hehe . . . Jawab bapak supir sambil ngeledek.
“gimana caranya pak?”, tanya si penumpang.
“oalah, g tau to cara’a. Ngemeng dong!!!”. Punya HP? Bs internetan? Buka google, search SOLAT JAMAK. Temukan jawabannya disitu. Ledek bapak sopir lagi.. ckckckck... J
?????? “ kirain tau jg.. hemmm..
What is sholat Jamak????
Berikut penjelasannya. Mudah-mudahan bermanfaat !!! ^_^
SHOLAT JAMAK
Sholat jamak artinya Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu. Sholat fardu yang bisa dijamak adalah sholat Dzuhur dengan Asar dan Maghrib dan Isya’. Sholat Jamak ada dua macam yaitu Jamak Takdim dan Jamak ta’hir.
JAMAK TAQDIM adalah Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Dzuhur dan Asar dan menunaikannya dalam waktu dzuhur.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Dzuhur//Maghrib).
2. Tertib yaitu memulakan solat yang pertama (Dzuhur/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya).
3. Berturut-turut
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Lebih afdhal elakukan solat waktu pertama dahulu (Dzuhur/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam sholat pertama, kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat solat jamak taqdim
4. Solat Dzuhur dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sengaja aku solat fardhu Zhuhur 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya jamak taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sengaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan dzuhur jamak taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Solat Magrib dan Isya’ Jamak Taqdim
Sengaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada solat Isya’ kepadanya jamak taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعال
Sengaja aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan sholat Maghrib jamak taqdim kerana Allah Taala.
JAMAK TA’HIR adalah Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Dzuhur dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Ta'hir dalam waktu pertama (Dzuhur/Magrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Lebih afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Dzuhur/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat solat jamak ta’hir
Solat Dzuhur dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sengaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Dzuhur jamak ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sengaja aku solat fardhu Dzuhur 4 rakaat dihimpunkan solat Asar jamak ta’hir kerana Allah Taala
.Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sengaja aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib jamak ta’hir kerana AllahTaala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sengaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya jamak ta’hir kerana Allah Taala.
“maka dirikanlah sholat,
sesungguhnya sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktu-waktunya atas orang-orang yang beriman”
(Q.S An-Nisa’ :103)
